Sunday, 21 August 2011

Lakonan;
~DATUK YUSOF HASLAM AS EN.NIZAM.

~ROZITA CHE WAN AS PN.NISHA.

~AREN YUNUS AS MOHD DAIM IRFAN.
~NORA DANISH AS NAWA ERIKA.
~ZOEY AS LAWYER ASHRAF.
SCENE; EN.NIZAM AND PN.NISHA ‘S BUNGALOW.
“Nawa ! Mari tolong mama masak !” panggil Pn.Nisha dari tingkat bawah dalam dapur. Nawa yang sedang termenung menyahut lalu turun ke bawah dengan segera. Apabila Nawa sampai di dapur, Pn.Nisha tersenyum. “Mama terharu tengok anak mama tolong mama.” Pn.Nisha bersuara. “Ya,bukan macam abang Daim tu kan,mama?”Nawa menyambung dalam nada menyindir dengan kuat memandangkan Daim berada di ruang tamu utama,menonton televisyen. Daim segera memandang. “Nawa,kau ingat kau tu rajin sangat ke? Abang tengok kau tu asyik online je!” Daim menyahut. Nawa mencebik. “Sudahla tu,Nawa. Biarlah abang kau tu.”Pn.Nisha menasihat. Nawa menggangguk tanda setuju. Tidak sampai 20 minit, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an melangkah masuk ke dalam banglo tersebut. Lelaki itu menggeleng kepalanya beberapa kali sebaik sahaja melihat anak lelakinya yang berusia 20 tahun menonton televisyen. “Daim,sampai bila kau nak jadi macamni? Macam mana papa nak bagi syarikat tu dekat Daim?” tanya En.Nizam,marah. “Alah,papa ni,kasi je lah! Nak bebel pulak! Kasi,sign, sudah ! Kan senang ! Tak payah nak membazir air liur bebel ! Haish, orang tua ni !” jerit Daim. “DAIM!KAU MEMANG DAH MELAMPAU!” jerit En.Nizam. En.Nizam mengangkat tangan kanannya hendak menampar Daim, namun Daim sempat menepis. “Papa jangan pernah lupa yang Daim belajar silat !”kata Daim lalu berlalu ke biliknya. En.Nizam menghembus nafas dengan marah lalu duduk di atas sofa mewah ‘Lorenzo’[Well,rasenye mcm x mewah sgt….]. Pn.Nisha datang ke En.Nizam lalu mengurut belakangnya.
2 YEARS LATER….
En.Nizam memilih jodoh untuk Daim. Daim terpaksa membuat mimik muka gembira semata-mata untuk Syarikat yang bakal diberi kepadanya. 2 bulan kemudian,Daim sudah pun berkahwin dengan perempuan pilihan En.Nizam.
1 YEAR LATER….
Daim senyap-senyap berkahwin dengan perempuan lain.
2 YEARS LATER….
En.Nizam terlantar di hospital kerana sakit jantung. Lawyer Ashraf sudahpun membuat persiapan untuk pengumuman pembahagian harta. Nawa sedang menemani ayahnya bersama dengan ibunya. Lawyer Ashraf lantas menelefoni Daim.
“Helo,Daim’s speaking….” Daim memulakan perbualan.
“Urr….adakah encik anak kepada En.Nizam?”tanya Lawyer Ashraf.
“Ya,kenapa?”
“Ayah kamu terlantar di hospital sekarang.”
“Jadi?Awak nak suruh saya buat apa?”
“Bolehkah encik datang dengan segera?”
“……………..Ha,yelah-yelah,nanti kalau saya ada masa saya datang.”
“Terima kasih atas kerjasama anda.”
Talian dimatikan. Daim mendengus perlahan. Bila terfikir tentang wasiat, Daim bergegas ke hospital tersebut.
SCENE;HOSPITAL.
Daim melangkah masuk ke dalam wad ayahnya.
----------------------------------------------------------------------
“Baiklah,encik Daim,Cik Nawa dan Puan Nisha….En.Nizam telah menetapkan bahawa Puan Nisha akan mendapat 50% dari hartanya manakala Cik Nawa akan mendapat 30% dan Encik Daim akan mendapat 20% sahaja.”kata Lawyer Ashraf.
“APA????”jerit Daim dengan kuat[mestilah jerit kuat-kan?].
Daim menjadi tidak tentu apabila dia tergamak menggoncang tubuh lemah En.Nizam yang terbaring dan tidak berdaya melawan. Nawa sedaya upaya menarik abangnya ke belakang.Pn.Nisha hanya mampu menjerit. Lawyer Ashraf juga tidak boleh berbuat apa-apa. Akhirnya, En.Nizam menghembus nafas terakhir semasa masih dalam goncangan Daim yang ganas itu. “PAPA ! BANGUN! DAIM NAK LEBIH!”jerit Daim dalam tangisan. “Kau balik,Daim ! Kau balik ! Balik ! Aku kata balik ! Ayah tak sayang kau ! Kau balik !”jerit Nawa sambil memukul-mukul abangnya dengan kuat.
4 MONTHS LATER….
Nawa dibunuh oleh Daim dengan cara kejam. Akhirnya, Daim menjadi buruan polis kerana membunuh….

2 comments:

  1. Urr,crite ni agak common....Ayat sy byk yg x btol.
    Kalau ade my classmate bace,mesti die tawu sy import crite ni dari mane! hahahaha....Bertungkus-lumus sy cari artis yg sesuai utk jd character2x ni sume !

    ReplyDelete
  2. hahahaha..
    okay okay.. best..
    ayat lagi baik dari kak iah punya..
    tapi tergantung laaaaa

    ReplyDelete